28 November 2015 - 08:50
Duta baru Iran akan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia

Marziye Afkham berpeluang bergiat aktif dalam organisasi wanita dan kekeluargaan di Malaysia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Duta baru Iran dijangka akan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia untuk berbincang mengenai masalah wanita dan keluarga sebelum memulakan tugasnya di Kuala Lumpur, lapor Agensi Berita Mehr.

Menurut laporan tersebut, bertugas di Malaysia akan memberikan peluang kepada Marziye Afkham untuk aktif dalam kegiatan wanita dan kekeluargaan.

Marziye Afkham yang sebelum ini memegang jawatan jurubicara Kementerian Luar Iran adalah wanita pertama yang dilantik menjadi duta selepas Revolusi Islam Iran mencapai kemenangan.